Cara Terbaik Untuk Ingin Cepat Hamil

March 7, 2010

Hai, Salmah di sini

Saya ada satu berita baik kepada wanita yang belum dikurniakan cahayamata.

Jika anda sedang mencari cara terbaik untuk ingin cepat hamil,saya gembira untuk anda kerana anda telah menjumpai laman web ini dan saya sangat sangat mengesyorkan anda terus membacanya.

Saya rasa cukup iri hati bila mendengar cerita dari kawan saya tentang keputusan yang diperolehi daripada alat kehamilan.Yang beritahu samada pregnant atau not pregnant tu lah.

Yang banyak saya dengar:

“Aku mengandung lah! “

“Alahamdulillah aku mengandung kali ini”.

Kenapa ini tidak terjadi kepada saya?

Balik rumah saya layari internet untuk menghilangkan rasa boring dan sunyi, kerana suami belum pulang lagi. Hal-hal rumahtangga dah saya buat semuanya.Agak agak boring lagi…saya pun tengok cerekarama.Suami masih belum balik lagi, jadi masuk tidur dulu lah.Begitulah yang saya lalui tiap-tiap hari.

Besok pagi jiran kalut menguruskan anak-anak ke sekolah, tapi saya relaks  jer.Cemburu rasanya melihat ‘kekalutan mereka’ sebab saya ingin jadi seperti itu.

Tapi nak jadi cerita ketika saya melayari internet saya telah terjumpa satu laporan percuma tentang kesuburan. Disinilah bermulanya harapan saya yang saya impikan selama ini.Ia merupakan salah satu dari strategi pertama bagi menimang cahayamata.Kata nya kita kena tahu waktu kesuburan dahulu sebelum apa-apa hal.

Jika anda inginkan laporan itu klik di sini

Saya ikut teknik tersebut,tapi saya rasa macam tak lengkap. Macam ada sesuatu yang patut ditambah lagi.Saya dah melangkah ke tahap ini dan mahu lebih lagi.

Jadi saya beli ebook nya terus.Banyak maklumatnya sampai 2 minggu baru habis baca.Maklum lah ada tips kesuburan,posisi tok janggut,pasal stress,pemakanan seimbang,doa,petua dan senaman.

Suami saya pun turut baca juga ebook tersebut, sebab ada juga bab tentang kesuburan lelaki.Tentang sperma dan pemilihan posisi seks.

Saya dan suami saya bertekad selepas itu untuk mengamalkan apa yang disarankan.Tapi oleh kerana terlalu banyak perkara yang disampaikan,kami tidak lah mengikutinya seratus peratus.Kami guna lebih kurang 70 peratus sahaja.Itu pun sudah dikira bagus.

Yang menariknya doa-doa yang terdapat di dalam ebook itu tidak pernah saya terfikir untuk mencarinya.

Dipendek kan cerita (boring pula nanti kalau tulis panjang-panjang) kami berjaya mendapat anak yang di idamkan selama ini.

Kami namakan nya Wafiqah Wazini Binti Khuzaini.

Itulah cerita saya.Episod pertama untuk ingin cepat hamil.

Kalau anda  nak tahu lebih lanjut pasal ebook tersebut sila lawati laman web Rahsia Mudah Hamil.

Wassalam.


Ovulation Kit

March 6, 2010

Hi

Salmah di sini.

Saya nak cerita sikit pasal ovulation,atau ovulasi.

Apa tu Ovulasi ?

Ringkas nya, ovulasi adalah proses yang menghasilkan pelepasan satu atau lebih telur dari indung (ovari) telur anda.Telur anda bertahan untuk hanya 12 hingga 24 jam jika tidak disenyawakan.

Sperma dapat bertahan hidup di dalam diri anda selama tujuh hari.Apa pun  tiga hingga empat hari adalah ukuran yang lebih berkeyakinan. Itu sebabnya, untuk meningkatkan kemungkinan persenyawaan, anda harus memastikan bahawa anda mempunyai suatu hubungan seks dalam beberapa hari menjelang ovulasi – “tetingkap subur anda”.

Pastikan bahawa anda melakukan seks beberapa kali seminggu sepanjang kitaran anda. Ini bermakna ada peluang yang lebih baik bahawa bekalan sperma yang sihat akan menunggu di tube fallopian  setiap kali telur dilepaskan.

Bagaimana kit ovulasi boleh membantu ?

Kit ovulasi boleh membantu anda untuk mengenalpasti tetingkap subur anda, tetapi tidak ada bukti bahawa penggunaan nya akan meningkatkan peluang kejayaan anda ketika datang ke hamil secara semulajadi. Para ahli mengesyorkan seks teratur sepanjang kitaran sebagai cara untuk memaksimumkan peluang anda untuk konsepsi . Namun, mereka mengakui bahawa beberapa pasangan memilih untuk mengenalpasti ketika mereka kemungkinan besar untuk hamil.

Ada dua macam ovulation kit:

  • ujian urine anda

mengesan kenaikan  hormon yang disebut luteinising hormon (LH) yang terjadi sekitar satu sampai dua hari sebelum ovulasi. Ini merupakan pencetus untuk ovulasi dan ini juga merupakan isyarat bahawa tetingkap subur anda telah tiba. Sejumlah kecil LH selalu hadir dalam darah dan air kencing.

  • ujian air liur anda

ujian untuk paras estrogen yang akan meningkat bila menghampiri  ovulasi . Bila estrogen naik, garam dalam air liur anda akan bertambah. Ketika garam mengering kristal seperti paku-pakis akan terbentuk .Kit yang  berdasarkan air liur ini pada dasarnya adalah sebuah mikroskop mudah alih bersaiz poket, yang anda gunakan untuk melihat apakah “kristal” telah berlaku sebaik sahaja air liur anda telah kering. Idenya adalah bahawa kristal lebih mungkin terjadi dalam beberapa hari menjelang ovulasi, membantu anda untuk mengenalpasti tetingkap subur anda.

Adalah lebih bak mendapatkan nasihat daripada farmasi berhampiran anda yang mana satu nak guna.

Sekian

Salmah.


Lapan Tips Untuk Mudah Hamil

March 5, 2010

Ada juga kawan-kawan yang bertanya

“Bagaimana saya boleh mengandung?

Tak kurang yang menanyakan soalan seperti:

  • bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks?
  • berapa kali perlu dilakukan?
  • posisi dan cara?
  • kaedah terbaik semasa hubungan seks?

Untuk digelar sebagai ibu hamil, di sini ada beberapa tips senang hamil yang berguna.

1. Masa Terbaik Melakukan Hubungan Kelamain

Iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).Cuba dapatkan ovulation kit di farmasi.Alat ini boleh memberitahu bilakah masa kesuburan.Telur matang boleh hidup 24 jam ,sperma pula 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu,lakukanlah hubungan seks sebelum saat ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Kelamain

Tiada bukti tepat yang dapat memastikan berapa kerap seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.Namun yang mesti diingat ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab,kalau anda buat seks banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, peluang untuk mengandung tetap tipis.

3. Capai Klimaks Bersama

Bila wanita klimaks, alkaline akan terbentuk pada vagina.Suami juga mesti bersamaan klimaksnya supaya sperma selamat sampai di servik rahim dengan mudah.

4.Suami Di atas

Untuk anda mudah hamil, suami harus berada diatas. Letakkan bantal kecil di bawah pinggul anda, supaya ianya dapat menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Jangan guna bantal besar dan terlalu tinggi. Sebab sperma boleh terkumpul dibelakang rahim sahaja menjadikanya sukar untuk berenang dan bergabung degnan sel telur.

Posisi seksual yang perlu dielakkan pula adalah wanita di atas, duduk atau berdiri.

5. Kurangkan Gerakan

Cuba beri masa untuk sperma berenang.Dan jika mahu bersihkan vagina bersihkan dengan air biasa sahaja.

6. Untuk Suami

Pakai seluar dalam yang tidak ketat atau mandi air panas.

7. Relaks Tangani Stress:-

Suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan

Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.

Untuk pengetahuan hanya 30% sahaja dari jumlah sperma akan sampai ke telur di dalam rahim

Rezeki mendapatkan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, jadi anda harus juga berdoa.

Jika topik ini berfaedah kepada anda,kongsikanlah dengan kawan kawan yang juga ingin hamil seperti anda.

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini


Kisah Ingin Cepat Hamil Saya

March 3, 2010

Dulu saya sangkakan apabila genap perkahwinan saya setahun saya akan mudah hamil seperti pasangan yang lain.

Rupanya rupanya sangkaan saya itu meleset sama sekali.Rancangan untuk ingin cepat hamil  tidak menjadi kenyataan.Tiga tahun menanti bagi saya sudah cukup terseksa.

Jadi apa yang saya buat sepanjang usaha tersebut?

Saya telah mencuba apa saja yang di sarankan oleh kawan-kawan tentang kehamilan.Namun saya menemui kegagalan.Saya masih terus menunggu untuk mengandung anak sulung..

Pada suatu hari ketika sedang melayari internet tentang ibu kehamilan kami terjumpa maklumat yang sangat berharga.

Peluang untuk hamil sebenarnya masih ada.

Kunci untuk mendapatkan anak sebenarnya terletak kepada kesuburan.Baru lah saya tahu bahawa bagi pasangan yang inginkan zuriat, perlu tahu masa pengeluaran telur atau ovulasi.

Untuk tahu bila masanya pengeluaran telur ini dirahim,saya telah membeli kit ovulasi di farmasi.

Daripada sini saya sudah boleh agak waktu yang sesuai melakukan hubungan seksual dengan suami saya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.